Heartbroken
Dear Awak,
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..
Macam mana seseorang itu boleh bertahan dengan orang yang telah mendera mental mereka ? Saya tak faham. Tapi itulah hakikat yang pahit untuk saya telan. Masih ambil berat, masih sayang, masih setia. Kalau saya, lebih eloklah saya bersendiri dari menjadi mangsa penderaan walau bukan pada fizikal tapi pada mental kita. My heart broken into pieces went thing goes south in front of my eyes. Ya mungkin untuk sesetengah orang apalah sangat mentally abused nak dibandingkan dengan penderaan secara fizikal. But for sure, it will affect them eventually. Eating inside you slowly, until it left no more. And someday, they gonna realize that they have missing something in their life. The thing that they have their right to earned.
Dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan, bukankah perlunya rasa hormat terhadap satu sama lain, kasih sayang, dan empati terhadap pasangan. Banyak perhubungan yang saya saksikan yang akhirnya berakhir dengan satu pengkhianatan. Umpama lafaz akad yang pernah diucap satu ketika dahulu tidak membawa sebarang makna. Hanya lafaz yang menghalalkan sesuatu yang terlarang sebelum ijab dan qabul itu terlaksana. Umpama lafaz akad itu hanya disaksikan oleh sahabat dan kaum keluarga bukan janji dan tanggungjawab yang termeterai dengan saksi sang Pencipta. Terlalu ringankah lafaz yang termeterai sehingga ada yang sanggup mengkhianati, berpaling arah, dan lupa tujuan sebenar membina institusi keluarga.
Manusia tak ada yang sempurna. Itu Fakta. Baik lelaki mahupun perempuan. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saling melengkapi satu sama lain. Untuk marah, semua orang akan ada masa mereka untuk marah. Dan bila marah itu menguasai kita akan cenderung untuk meninggikan suara, dengan segala emosi yang bergelora dihamburkan dalam bentuk kata-kata. Tapi marah terhadap pasangan ada hadnya bukan? Once you crossed the line, it will affect your partner or anyone that involve in your relationship.
Dear awak,
Nanti kalau marahkan saya, marahlah. Tinggi suaralah. Its part of human emotion. But please be aware about the words you throw out at the moment. Fikir balik, marah awak sebab sayang atau sebab benci itu dah menyelinap dalam diri. Andai marah kerana sayang jagalah kata-kata. Your words is yours but once you said it out loud it belong to the person in hearing distance. And you cannot undo it or delete it from others. So think wisely when you speak in anger. Okay dear? 😉
Love,
Me.
Comments
Post a Comment